como crear una pagina web

Laporan dari: Nurul Insyirah Binti Wagiman, Penolong Setiausaha Kumpulan 22, MTI - Elemen 2

Pautan Video Tiktok semasa Program berlangsung 

23 Februari 2025, Pantai Puteri Melaka
- Program ini dengan jayanya telah dilaksanakan oleh Kumpulan 22, Modul Transformasi Insan - Elemen 2 di bawah penyeliaan Puan Adlena Hany Binti Abu Adam. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari bertempat di persisiran Pantai Puteri, Melaka. Program ini juga telah dikelolakan oleh 11 orang pelajar, semester 2, Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan berjaya menarik penyertaan dari kumpulan lain yang juga terdiri daripada pelajar Kejuruteraan Mekanikal dan pelajar Perniagaan Antarabangsa.


HASIL/ IMPAK PROGRAM:

  • Hasil yang dicapai dan diperolehi daripada pelaksanaan program kepada:

  1. Pelajar

Peningkatan Kesedaran Alam Sekitar: Pelajar Politeknik Melaka  lebih memahami kepentingan menjaga kebersihan pantai dan ekosistem marin.

 

  1. Pensyarah / Pegawai / Staf

Pegawai atau Pensyarah mendapat memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar Politeknik Melaka tentang kajian lapangan, pemuliharaan pantai dan penyelidikan alam sekitar.

 

  • Komuniti

Memupuk Semangat Kesukarelawanan: Melalui aktiviti seperti gotong-royong komuniti dapat bekerjasama menjaga kebersihan dan keindahan pantai.

 

  1. Industri

Pengurangan Pencemaran: Industri boleh menyumbang dalam bentuk program pembersihan pantai, pengurangan sisa plastik, dan sistem pengurusan sampah yang lebih baik.

 

  1. Return on Investment (ROI)

Mempromosikan Politeknik Melaka dan sekaligus Politeknik Malaysia yang menawarkan  pendidikan TVET kepada para pelajar di seluruh Malaysia. Oleh itu, dapat melahirkan para graduan yang berkemahiran TVET dan dapat memberikan pelaburan jangka panjang kepada negara.

Kesimpulannya, program ini merupakan satu inisiatif yang amat bermanfaat dalam memastikan kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Selain itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat gotong-royong dan tanggungjawab sosial dikalangan pelajar. Dengan adanya program seperti ini, Pantai Puteri, Melaka dapat menjadi kawasan rekreasi dan pelancongan yang lebih bersih, selamat, dan menarik kepada para pengunjung. Semoga usaha ini dapat diteruskan secara berkala bagi mengekalkan kebersihan pantai dan menyokong inisiatif kelestarian alam dan dalam masa yang sama dapat mempromosikan Politeknik Melaka!


BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas