como crear una pagina web

Oleh : Muhamad Faiz Bin Jofri

Pokok Mangga, Melaka, 18 Mac 2025  — Program Kembara Kasih Ramadhan Bersama Komuniti berjaya merealisasikan misi kebajikan dengan menyampaikan sumbangan kepada 20 orang penerima yang memerlukan di Komuniti Taman Pokok Mangga. Program yang berlangsung pada 18 Mac 2025 mendapat kerjasama penuh daripada penduduk setempat dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). Perasmian pelepasan di sempurnakan oleh Pengerusi JPKK Taman Pokok Mangga @ Taman Seri Mangga, Melaka Tn Hj Noor Hasyrizal bin Hasnoh. Objektif utama Kembara Kasih adalah untuk meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan serta mewujudkan rasa kasih sayang dalam kalangan masyarakat.Adalah diharapkan dengan adanya program sebegini, kita dapat bersama-sama membantu golongan yang memerlukan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara jiran tetangga. Penerima sumbangan terdiri daripada Pesakit, OKU, dan keluarga berpendapatan rendah. Mereka menerima barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, tepung, dan beberapa barangan asas lain. Program Kembara Kasih diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai masyarakat yang memerlukan.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas