como crear una pagina web

 

TAMAN SERI PANDAN, 22 MAC: Penganjuran majlis khatam al-Quran Surau Al Hikmah Taman Seri Pandan diserikan lagi dengan penglibatan dari pelajar-pelajar Politeknik Melaka seiring hasrat menjadikan politeknik sebagai pilihan utama Pendidikan Teknikal Vokasional.

Program tersebut bukan sekadar satu simbolik tetapi bertujuan menyuburkan kecintaan terhadap agama dengan mengajak seluruh pelajar muslim politeknik menghayati kitab suci serta menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.

“Kita percaya pembinaan modal insan yang holistik, tunjangnya ialah pada kepercayaan kepada Allah serta akidah yang mantap. Akhirnya ia akan membuahkan ibadah yang sahih dan akhlak yang mulia, menurut kata Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Melaka.

“Bukan itu sahaja, dalam era kini, golongan pelajar teknikal harus memainkan peranan penting untuk memandu keluarga dan memimpin masyarakat agar berpegang teguh dengan ajaran al-Quran,” kata En Norhafizan Majid dalam nasihatnya semasa menandatangani kelulusan kertas kerja yang disertai 20 pelajar PMK terdiri dari 10 orang ahli Kelab Pelajar Kejuruteraan Awam (CESAC) Politeknik Melaka dan 10 orang ahli Kelab Kejuruteraan Mekanikal (MESAC) Politeknik Melaka.

Majlis tersebut diserikan dengan sesi berbuka puasa secara beramai-ramai di perkarangan surau. Pelajar berasa bergembira menikmati juadah hidangan berbagai menu dengan nasi ayam sebagai menu utamanya ditambah kuih muih, buah-buahan serta minuman panas dan sejuk.

Dalam pada itu, Penasihat Bersama En Muhammad Hafiz Kamaruddin selaku Ketua Jabatan Mekanikal menyarankan agar program ini dijadikan sebagai acara tahunan sekali gus memperkukuh ukhuwah serta memperkasa peranan pelajar politeknik dilingkungan komuniti.

Solat Maghrib, Isyak dan Sunat Tarawih 20 rakaat dikerjakan secara berjemaah. Sebelum pelajar-pelajar beriktikaf, sesi perbincangan adab tidur dijalankan bagi mengingatkan kembali amalan-amalan sunah sebelum, semasa dan selepas tidur.

Pada jam 4 pagi, sesi qiamulail dijalankan dengan diimami oleh ustaz jemputan luar. Dimulakan dengan solat sunat wuduk 2 rakaat, solat sunat taubat 2 rakaat, solat sunat tasbih 4 rakaat dan solat sunat hajat 2 rakaat. Diikuti amalan bersahur kira-kira pada jam 5.20pagi. Seusai solat subuh berjemaah pihak surau mengadakan majlis kuliah subuh.

Program selesai dengan pelajar-pelajar semua pulang ke rumah masing-masing kira-kira jam 8.00pagi setelah selesai mengerjakan solat sunat Isyraq.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas