como crear una pagina web

Oleh : Amira Abdul Wahid

 

15 Mac, Ayer Keroh – Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Melaka bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Melaka telah melaksanakan Program MYSaveFood RAMADAN pada 15 Mac 2025 bertempat di Bazar Ramadan MiTC, Ayer Keroh. Seramai 10 orang ahli PRS yang telah bersama-sama sepanjang program ini berlangsung.

        Program ini dianjurkan bertujuan untuk mengurangkan pembaziran makanan di tapak bazar ramadan. Selain itu, objektif program ini adalah untuk menyuburkan nilai ihsan dan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan aktiviti kesukarelawan di mana makanan yang diperolehi dari peniaga diedarkan kepada golongan asnaf dan pihak yang memerlukan. Peserta juga berpeluang turun ke dalam komuniti untuk membantu serta cakna tentang pengurusan sisa pepejal dalam penjagaan alam sekitar. 

Secara kesimpulannya program ini adalah merupakan program dua hala di antara Politeknik Melaka dan LPPKN Negeri Melaka. Selain dapat menjalinkan hubungan baik di antara dua agensi, peserta mendapat pengalaman yang baru serta manfaat dari program ini secara keseluruhannya.  

 

Laporan disediakan oleh:

Unit Pengurusan Psikologi

Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

Politeknik Melaka

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas