como crear una pagina web

Oleh: Shahrulnizam bin Bakar

Melaka, 17-21 Mac - Satu Program Ihya Ramadhan Kembara Kasih 1446H telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (JHEPP) dengan kerjasama Kelab Kebajikan Staf (KKS), Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), MUAFAKAT, Persatuan Jabatan Kejuruteraan Awam (CESAC), Persatuan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (MESAC), Persatuan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (EESTAC) dan Persatuan Jabatan Perdagangan (COMMERS).

Kutipan selama 2 minggu telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM3453.20 hasil sumbangan warga PMK dan orang ramai. Hasil daripada itu, 50 kotak barangan dapur telah dapat disediakan. Kotak tersebut mengandungi antaranya beras, gula, tepung gandum dan minmyak masak. Termasuk juga 50 kotak sumbangan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) yang mengandungi susu tin dan biskut.

Alhamdulillah, sepanjang minggu daripada 17 sehingga 21 Mac, sebanyak 30 rumah pelajar dan 20 rumah komuniti terpilih yang terdiri dari keluarga miskin dan anak yatim telah diagihkan disekitar Politeknik Melaka.

Agihan dibuat setiap hari mengikut jabatan masing-masing bagi melihat sendiri tempat tinggal pelajar disamping mengambil tahu ehwal keadaan rumah sewa mereka jika ada sebarang isu atau masalah

Terima kasih diucapkan kepada semua para penyumbang, ahli jawatankuasa yang terlibat dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas