como crear una pagina web

Oleh : Amira binti Abdul Wahid

 

19 Mac, Melaka - Pembimbing Rakan Siswa di bawah Unit Pengurusan Psikologi Politeknik Melaka bersama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah & KPDN Negeri Melaka telah menganjurkan Program Dapur Siswa PRSPMK pada 19 Mac 2025 kepada 8 keluarga terpilih yang merupakan penerima bantuan bulanan JKM Dun Kesidang.

​Program ini telah dirasmikan oleh Dr Hjh Shahiza binti Dato’ Hj. Ahmad Zainuddin, Pengarah Politeknik Melaka pada Majlis Simbolik Penyerahan Kit Makanan di Politeknik Melaka. Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan kelompok yang memerlukan bantuan dalam komuniti serta sebagai sumbangan bakti mahasiswa kepada komuniti setempat.

YB Allex Seah Shoo Chin, ADUN Kesidang telah meluangkan masa untuk turut serta semasa sesi penyerahan kit makanan di rumah penerima. Salah seorang penerima iaitu Pn Norita bt Syed Hussain mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dun Kesidang, Politeknik Melaka, JKM dan KPDN Negeri Melaka di atas sumbangan yang diterima melalui program dianjurkan ini.

Turut serta sepanjang program ini berlangsung adalah Timbalan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah - Puan Norazimah binti Ostanri, Encik Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair - Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar, Puan Yuniza binti Husin - Pegawai Kebajikan bagi Dun Kesidang, Puan Amira binti Abdul Wahid - Pegawai Psikologi Politeknik Melaka serta wakil dari Japerun Kesidang.

Kit makanan yang diterima merupakan sumbangan daripada KPDN Negeri Melaka melalui Gerakan Pengguna Siswa Politeknik Melaka.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas