PROGRAM POLYTECHNIC SOCIAL RESPONSIBILITY (PSR) UNTUK MODUL TRANSFORMASI INSAN (MTI) BERSAMA KOMUNITI TAMAN POKOK MANGGA
Oleh : Muhamad Faiz Bin Jofri
Surau Al Mubarak, Taman Pokok Mangga, 11 Mac 2025 – Dalam usaha memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan masyarakat, Politeknik Melala telah menganjurkan program Politeknic Social Responsibility (PSR) bagi Modul Transformasi Insan (MTI) bersama komuniti Taman Pokok Mangga. Program yang berlangsung pada 11 Mac 2025 ini melibatkan 20 pelajar dan pensyarah, serta disambut baik oleh penduduk setempat. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk gotong-royong membersihkan kawasan surau. Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah pelajar melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sosial, selari dengan matlamat modul Transformasi Insan.Bukan hanya tentang akademik, tetapi juga bagaimana pelajar dapat menyumbang kepada masyarakat. Program ini memberikan pengalaman langsung kepada mereka dalam menerapkan nilai tanggungjawab sosial dan kepimpinan. Penghargaan atas usaha yang dilakukan oleh pihak politeknik. Komuniti amat menghargai kehadiran pelajar-pelajar ini yang bukan sahaja membantu menceriakan kawasan kami, tetapi juga menunjukkan semangat keprihatinan yang tinggi terhadap komuniti. Program ini diharapkan dapat menjadi platform berterusan bagi membina hubungan erat antara politeknik dan masyarakat setempat, serta menerapkan nilai kesukarelawanan dalam kalangan pelajar.