como crear una pagina web

MAJLIS MENANDATANGANI LETTER OF INTENT (LOI)

POLITEKNIK MELAKA DAN POLITEKNIK NEGERI SEMARANG, INDONESIA

Oleh : Nurul Aqilah binti Adnan

12 MAC 2025 -  Majlis Menandatangani Letter of Intent ( LOI) diantara Politeknik Melaka (PMK) dan Politeknik Negeri Semarang, Indonesia (POLINES) telah berjaya dilaksanakan secara livestream dan di hoskan oleh pihak POLINES. Kehadiran dan komitmen barisan pengurusan tertinggi PMK dan POLINES pada majlis ikonik ini menjadi penanda aras kepada kejayaan dan kecemerlangan program kolaborasi yang bakal dirancang demi manfaat institute, pelajar, staf dan Pendidikan TVET khususnya. Dr. Hajah Shahiza Binti Dato’ Hj Ahmad Zainuldin , Pengarah Politeknik Melaka menyampaikan ucapan aluan balas kepada Dr. Eni Dwi Wardihani S.T., M.T. , Direktur POLINES. Isi ucapan yang menyampaikan hasrat dan harapan untuk tekad berusaha dan bekerjasama dalam memastikan para pelajar yang dilahirkan mampu berdaya maju seiring kemahiran teknikal berskala global.

Selain itu, setinggi penghargaan diucapkan kepada kesemua Jawatankuasa Pelaksana majlis yang diketuai oleh Pn. Noor Mayafaraniza , Ketua Unit Pengantarabangsaan PMK yang telah mengatur gerak kerja secara sistematik untuk semua ahli terlibat. Tahniah untuk semua.

Segala usaha bakti semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi majlis ini bersandarkan pada matlamat dan objektif PMK untuk menjadi salah satu institusi yang berjaya memacu Pendidikan TVET ke tahap yang tinggi.

 

      

      

 

 

 

 

 

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas