como crear una pagina web

Oleh: Nur Ashikin Binti Aziz

Melaka, 5 & 6 Februari 2025 – Pemeriksaan Aset Sewaan Berpusat ICT telah berjaya dilaksanakan di Politeknik Melaka pada 5 dan 6 Februari 2025. Aktiviti ini dijalankan secara serentak di semua politeknik dan kolej komuniti di seluruh Malaysia sebagai langkah memastikan pengurusan aset ICT yang lebih efisien dan sistematik.

Aktiviti ini telah dilaksanakan oleh Unit Teknologi Maklumat, Politeknik Melaka dengan tujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan aset sewaan ICT serta memastikan aset-aset yang disediakan berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan optimum. Selain itu, pemeriksaan ini juga membolehkan pihak institusi mengenal pasti sebarang isu berkaitan aset ICT yang mungkin memerlukan tindakan lanjut.

Proses pemeriksaan merangkumi pemantauan fizikal aset, semakan dokumentasi penyewaan, dan penilaian prestasi peralatan yang digunakan dalam operasi harian.

Pemeriksaan Aset Sewaan Berpusat ICT ini diharap dapat memperkukuh sistem pengurusan aset di semua politeknik dan kolej komuniti, sekaligus meningkatkan kecekapan operasi dan penyelenggaraan aset ICT dalam sektor pendidikan tinggi teknikal dan vokasional di Malaysia.

 

 

 

 

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas