como crear una pagina web

Politeknik Melaka, 28 Januari 2025 - Politeknik Melaka telah menganjurkan Bengkel & Taklimat Penawaran Program Baharu dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan. Program ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan tiga program baharu yang dirancang bagi memenuhi keperluan industri dan pasaran pekerjaan semasa.

Program baharu yang dicadangkan ialah:

  1. Diploma Teknologi Elektrik & Elektronik (Jabatan Kejuruteraan Elektrik)

Bengkel ini turut dihadiri Pengarah Politeknik Melaka, Dr Hjh Shahiza binti Dato’ Hj. Ahmad Zainuddin serta 67 peserta yang terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran Politeknik Melaka. Taklimat utama telah disampaikan oleh Ts. Dr. Mohd Syahrizad bin Elias, Timbalan Pengarah Unit Perancangan Program, Bahagian Perancangan Program dan Institusi (BPPI), Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti.

Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk:
✅ Memberikan penjelasan terperinci mengenai rasional penawaran program baharu.
✅ Menyelaraskan gerak kerja jabatan dalam pelaksanaan program baharu.
✅ Mendapatkan panduan dan sokongan daripada pihak BPPI untuk memastikan kelancaran proses penawaran program.

Sesi taklimat merangkumi perbincangan mengenai strategi pelaksanaan, keperluan tenaga pengajar, serta kesesuaian program dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi ruang kepada peserta mendapatkan maklumat lanjut.

Bengkel ini diharapkan dapat menjadi platform penting dalam memperkukuhkan peranan Politeknik Melaka dalam menawarkan program berkualiti serta melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri.

 

 

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas