𝐏𝐌𝐊 𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐍𝐎𝐏𝐑𝐄𝐍𝐄𝐔𝐑 𝟐.𝟎 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐙𝐎𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 & 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍
Oleh : Nazleena binti Daud
25 Oktober 2024, Port Dickson - Politeknik Melaka telah berjaya merangkul beberapa anugerah melalui idea perniagaan FLEXNOTES pada pertandingan Inovasi Perniagaan INNOPRENEUR 2.0 yang berlangsung di Politeknik Port Dickson. Pertandingan Inovasi & Keusahawanan telah berlangsung bermula pada 14 OGOS 2024 hingga 25 OKTOBER 2024. Pertandingan ini merupakan pertandingan inovasi keusahawanan peringkat POLYCC Zon Melaka & Negeri 9 khusus kepada para pelajar dan pensyarah seluruh Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia bagi melatih dan menguji kemantapan idea atau produk/ perkhidmatan selain kemantapan di dalam melakukan pembentangan idea dan produk perkhidmatan mereka.Antara anugerah yang berjaya dirangkul :
1. Tempat Pertama Idea Inovasi Perniagaan (kategori idea)
2. Anugerah Pitching Terbaik
3. Anugerah khas
Politeknik Melaka telah di wakili oleh :
1. Siti Hadijah binti Nurmal (Jabatan Perdagangan)
2. Adam Danish bin Adzrai (Jabatan Perdagangan)
3. Saidatulnisa binti Mohamad Iskandar (Jabatan Perdagangan)
4. Nur Nadhirah binti Zahari (Jabatan Kejuruteraan Mekanikal)
MENTOR
PN. NAZLEENA BINTI DAUD &
EN. MOHD KHAIRUDDIN BIN AHMAD KHAIR
#pmkfighter
#jommasukpmk