PROGRAM LAWATAN KE MUZIUM KESENIAN ISLAM KUALA LUMPUR
Written by Shahrul Reza bin Mohd Zulkipli
Kuala Lumpur, 19 Oktober 2024 – Program Lawatan ke Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2024 telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Am Politeknik Melaka. Perjalanan ke sana bermula pada jam 7.30 pagi dimana pelajar bergerak menaiki bas dari Politeknik Melaka dan berakhir pada jam 5.00 petang. Seramai 32 orang peserta telah menyertai program lawatan ini. Para peserta terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam Politeknik Melaka. Para pelajar diiringi oleh seorang pensyarah daripada Jabatan Pengajian Am.
Antara objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman Pendidikan Sejarah dan Budaya, memberikan pemahaman mendalam mengenai sejarah, seni, dan budaya Islam yang dipamerkan di Muzium Kesenian Islam Malaysia serta nilai sejarah dan seni bina Masjid Negara. Disamping itu pelajar dapat mengasah Kemahiran Analitik dan Kreatif Kemahiran Analitik dengan menggalakkan pelajar untuk menganalisis dan menilai seni dan artifak dalam konteks sejarah dan budaya dan menambah ilmu pengetahuan yang meluas tentang agama Islam. Lawatan ini juga dapat meningkatkan kesedaran Sosial dan kepimpinan kepimpinan dan kerjasama dengan membangun kemahiran kepimpinan dan kerjasama melalui perancangan dan pelaksanaan lawatan, serta berinteraksi dengan rakan-rakan dan pemandu.
Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar sejajar matlamat yang diinginkan. Para ahli dapat memahami konsep kesenian dalam islam yang mempunyai pelbagai rangkuman dari segi pembinaan , penyusunan , wama dan penyesuaian zaman. Terdapat juga kisah- kisah yang tersirat dalam penghasilan seni yang dihasilkan. Bukan itu sahaja, para ahli juga dapat mempelajari penghasilan al-quran al- karim yang sangat menakjubkan bermula daripada penulisan di kulit haiwan hingga kertas serta bagaimana orang terdahulu menjalani kehidupan dan menghargai pasangan mereka.
Secara keseluruhannya, semua pihak memberi kerjasama yang baik termasuk pelajar,pemandu bas dan pihak muzium. Saya sangat berbangga terhadap pengurusan muzium yang mengasingkan lelaki dan wanita ketika lawatan sedang berlangsung.Diharapkan cara hidup islam akan lebih meluas dan diterapkan dalam kalangan masyarakat Islam kini.