Oleh : Ameelia binti Ibrahim

Politeknik Melaka, 23 Mei 2024 - Program Bengkel TOT (Training of Trainers) Intervensi Matematik SPM Siri 1 telah berjaya dilaksanakan di TECC 1 yang bertujuan untuk memberikan penerangan dan panduan dalam pembelajaran dan pengajaran (pdp) Matematik SPM yang efektif dan berkesan. Peserta telah diberi tunjuk ajar oleh mentor Matematik SPM yang telah dilantik oleh PMK, En. Hazri bin Mohd Hamzah, guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah, juga merupakan pemeriksa kertas Matematik SPM yang sangat berpengalaman. Melalui sesi penerangan, latihan dan pengajaran daripada beliau, kesemua peserta telah dilatih untuk mengajar subjek Matematik mengikut modul yang telah di susun kepada para pelajar yang terpilih di 10 buah sekolah di sekitar Melaka Tengah.

Bengkel ToT ini merupakan persediaan bagi mempersiapkan tenaga pengajar untuk ke 10 buah sekolah yang terpilih di sekitar Melaka Tengah bagi Program Intervensi Matematik SPM bersama Politeknik Melaka. Program ini disasarkan kepada para pelajar sekolah yang terpilih bagi membantu mereka untuk mendapat kredit dalam subjek Matematik SPM.

Moga hasrat dan usaha murni Politeknik Melaka ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada pihak sekolah khasnya dan juga komuniti umumnya.