Politeknik Melaka, 20 Mei 2024 - Program Gerak Gempur : Skor A Math & Science anjuran JMSK Sesi II 2023/2024 merupakan satu program berkala dilaksanakan di Politeknik Melaka. Program ini adalah satu program yang diadakan untuk memantapkan kefahaman pelajar dalam kursus Engineering Mathematics 1, Engineering Mathematics 2, Engineering Mathematics 3, Electrical Engineering Mathematics dan Engineering Science.

Seramai 80 orang pelajar telah terpilih untuk menghadiri program ini yang telah dikendalikan sepenuhnya oleh pensyarah-pensyarah dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Program telah menarik minat seramai 72 orang pelajar yang hadir.

Program sebegini sentiasa mendapat tempat di hati pelajar memandangkan mereka dapat membuat contoh-contoh soalan secara langsung dengan bimbingan dan latihan yang betul daripada pensyarah. Diharap Program Gerak Gempur : Skor A Math & Science dapat membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan akhir bagi Sesi II 2023/2024 dan dapat mencapai objektif yang digariskan.

Semoga usaha murni JMSK dalam pelaksanaan program seperti ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam sesuatu kursus. Diharapkan semua pelajar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Tahniah dan Syabas kepada semua staf JMSK dan Pn Azhanie selaku Pengarah Program.