HISHAMUDDIN SHAH IBRAHIM

29hb April 2024, Melaka - Telah berlangsung program ini pada 29hb April 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka. Seramai 11 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal telah menerima anugerah tersebut . Mereka merupakan pelajar yang dapat mengekalkan Himpunan Purata Nilai Mata sebanyak 3.50 ke atas pada setiap semester.

Disamping itu turut disampaikan ialah Anugerah Khas KoKurikulum kepada MUHAMMAD IMRAN HAKIMI BIN KHILMY atas penglibatan beliau dalam Karnival Pendidikan POLYCC Zon Selatan dalam Pertandingan What Say You dan berjaya merangkul Juara Keseluruhan.

Juga turut disampaikan Sijil Penghargaan bagi program-program

1. Birru Ramadhan
2. CSR Banjir Pt Melana
3. World Earth Day 2024

Menariknya kali ini , ada permintaan ibu bapa salah seorang penerima anugerah untuk hadir bersama dalam majlis tersebut.

Semuga dengan penganjuran seumpama ini dapat memberi galakan pencapaian lebih cemerlang buat semua para pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal.