como crear una pagina web

Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair

 

Melaka, 12 Januari 2025 – Politeknik Melaka telah mengambil inisiatif memperkenalkan peluang pendidikan tinggi kepada masyarakat setempat melalui promosi kemasukan politeknik di Program Wakil Rakyat Bertemu Rakyat (WRUR) yang diadakan di Dewan Japerun Dun Kuala Linggi selama dua hari. Program ini dianjurkan sebagai platform mendekati masyarakat dan Politeknik Melaka mengambil peluang untuk berkongsi maklumat terkini tentang pengambilan pelajar dan pembangunan kemahiran yang ditawarkan.

Program WRUR Dun Kuala Linggi yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi menyuraikan permasalahan penduduk secara tuntas ini dilaksankanakan oleh Timbalan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negeri Melaka, YB Datuk Khaidhirah Abu Zahar,.

Kaunter promosi yang disediakan oleh Politeknik Melaka mendapat sambutan hangat daripada penduduk dan pelajar sekolah yang hadir. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi taklimat program pengajian, pameran kursus, dan khidmat nasihat mengenai prospek kerjaya selepas tamat pengajian. Pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar juga memberikan penerangan tentang prosedur pendaftaran, syarat kemasukan, dan peluang biasiswa yang tersedia.

Penganjuran promosi kemasukan ini diharap dapat membuka peluang kepada lebih ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran di politeknik, sekali gus menyumbang kepada peningkatan bilangan tenaga kerja mahir di Malaysia. Politeknik Melaka komited untuk terus mempromosikan peluang pendidikan dan membuka pintu kepada generasi muda untuk merealisasikan impian mereka.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas