MUHAMAD FAIZ JOFRI

30 April 2024, MISDEC, Melaka - Satu sesi lawatan Pensyarah Pelawat Industri (PPI) bagi kursus Entreprenuership MPU22102 ke Melaka Industrial Skills Development & Entrepreneurship Center (MISDEC)  telah dianjurkan oleh Penyelaras Unit Keusahawanan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal pada 30 April 2024 iaitu hari Selasa yang lalu. Seramai 18 org pelajar dari dua Jabatan telah menyertai lawatan tersebut iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal seramai 10 orang dan dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik seramai 8 orang pelajar. Turut menyertai lawatan tersebut ialah En Muhamad Faiz bin Jofri iaitu pensyarah kursus dan Ts. Mohd Farizzal Dolah Muhamad. Rombongan tersebut telah disambut oleh Cik Umi Suhaina Binti Abdullah selaku Marketing Staff dan Pengarah Eksekutif MISDEC, Haiqal Syukri Jantan. Pelajar-pelajar telah diberikan penerangan mengenai Business Ownership and Support System yang sedang dipelajari oleh pelajar Kursus Entrepreneurship. Sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Eksekutif MISDEC, Haiqal Syukri Jantan atas penerangan yang begitu baik bagi menyuntik semangat pelajar untuk menjadikan keusahawanan sebagai alternatif untuk kerjaya mereka akan datang. Syabas dan tahniah kepada Unit Keusahawanan atas penganjuran program lawatan PPI tersebut.