INTERNATIONAL CSR & ACADEMIC PROGRAMME POLITEKNIK MELAKA & SINGAPORE POLYTECHNIC
Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair
16 November 2024, Singapore – Seramai 25 pelajar Majlis Perwakilan Pelajar dan 10 pegawai yang terdiri daripada Puan Zeyana binti Abdullah, Timbalan Pengarah Akademik, Puan Hazira binti Saleh, Ketua Unit Pengantarabangsaan, Puan Nor Azah binti Mat Sout, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar serta pegawai-pegawai dari JHEPP Politeknik Melaka telah menyertai International CSR & Academic Programme yang diadakan di Singapore Polytechnic yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar bersama Majlis Perwakilan Pelajar.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua institusi melalui aktiviti akademik dan CSR pertukaran budaya. Antara pengisian utama program ini ialah sesi pengenalan institusi, di mana kedua-dua politeknik berkongsi latar belakang, pencapaian, aktiviti pelajar dan hala tuju institusi masing-masing.
Selain itu, rombongan daripada Politeknik Melaka dibawa melawat kampus Singapore Polytechnic oleh Mr Jonny, Timbalan Presiden Hal Pelajar bersama-sama Singapore Polytechnic Student Union (SPSU). Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk melihat kemudahan kampus, suasana pembelajaran, dan sistem akademik di institusi tersebut.
Program ini bukan sahaja membuka pintu kepada kerjasama antarabangsa, tetapi juga memberikan pengalaman transformasi kepada para pelajar Politeknik Melaka. Melalui interaksi lintas budaya dan pendedahan kepada ekosistem pendidikan antarabangsa, pelajar PMK didedahkan kepada perspektif baharu yang mampu mencetus inspirasi dan memperluas horizon pemikiran. Program ini memberikan ruang baharu bahawa pembelajaran tidak mengenal sempadan, malah menjadi pemangkin kepada inovasi dan kecemerlangan global.