Oleh : Siti Salbiah binti Ahmad Shariff

Β 

18 SEPTEMBER 2024 - Politeknik Melaka amat berbangga dengan kejayaan pelajarnya bernama Nurul Maisarah binti Mazlan , pelajar semester 3 dari Jabatan Kejuruteraan Awam yang berjaya menamatkan Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah 2024 dengan jayanya. Misi ini adalah di bawah anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa, Kementerian Perpaduan Negara.

Misi pada kali ini telah disertai seramai 100 orang sukarelawan. Ianya dibahagikan kepada 6 kampung. Sukarelawan Politeknik Melaka yang diwakili oleh Nurul Maisarah telah di tempatkan di Kampung Bandulan, Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. Misi telah dilaksanakan selama 10 hari bermula dari tarikh 5 september hingga 15 November. Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang tempoh itu ialah Sukan Rakyat, Majlis Malam Kebudayaan Ini Warisan Kita dan pelbagai projek yang telah dilaksanakan di kampung tersebut.

Semua kos misi ditanggung bersama oleh pihak Kementerian Perpaduan Negara ,YSS dan sukarelawan sendiri. Misi ini telah disertai oleh ramai sukarelawan dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Malaysia. Berasaskan perpaduan dalam menjayakan misi, ianya berjaya membentuk jati diri sukarelawan dengan lebih berkesan. Perbezaan kepercayaan, kaum agama dan bangsa bukan menjadi penghalang utama dalam menjayakan misi. Semua sukarelawan telah dilatih untuk fokus kepada matlamat kejayaan untuk berjaya sebelum misi bermula.

Oleh itu hasilnya amat nyata dan berharga apabila Nurul Maisarah yang merupakan ketua teras bagi Perpaduan & Pemerkasaan Komuniti telah diberikan kepercayaan oleh kumpulannnya untuk membentangkan hasil projek yang telah dilakukan pada sesi pembentangan penutup Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah 2024 sekaligus telah memenangi teras dan projek terbaik antara 6 kampung tersebut.

Semoga kejayaan Nurul Maisarah ini akan menyuntik semangat kepada semua pelajar Politeknik Melaka untuk terus berbakti kepada komunitiΒ tanpaΒ henti.