25 APRIL, KHAMIS - Bersempena Hari Bulan Kesedaran Autisme Sedunia 2024 yang disambut pada 2 April lalu, Program Let's Paint The Wall at NASOM Melaka telah diadakan pada 25 April 2024. Program ini berjaya dilaksanakan oleh Jabatan Perdagangan, Politeknik Melaka dengan menceriakan ruang kolam renang NASOM Melaka dengan membersih dan mengecat semula dinding sekitar kolam. Seramai 8 pensyarah Jabatan Perdagangan termasuk Ketua Jabatan Perdagangan dan 19 pelajar COMMERS memberi perhatian, bekerjasama, berusaha menyelesaikan tugas yang di amanah oleh pihak NASOM Melaka. Syabas COMMERS, Anda pelajar hebat!

Sumber: Tuty binti Kamis & Nur Izzatie Husna binti Zawawi