HARI KERJAYA SESI 2 2023/2024 POLITEKNIK MELAKA
Berita Oleh : RENI SURIANI BINTI HASHIM
23 APRIL 2024 (SELASA) : POLITEKNIK MELAKA - Program Hari Kerjaya Politeknik Melaka Sesi 2 2023/2024 telah diadakan di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka pada 23 April 2024. Program Anjuran CISEC dengan kerjasama Jabatan Akademik (JKA, JKE, JKM dan JP) ini dikhususkan untuk pelajar semester akhir yang bakal menjalani Latihan Industri pada semester hadapan. Semua PBKJ jabatan turut membantu untuk menjayakan dan melancarkan program pada hari tersebut.
Program ini telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Melaka, Sr. Haji Razali bin Johari.
Program Hari Kerjaya ini khusus untuk semua pelajar semester akhir sesi 2 2023/2024 seramai 79 pelajar dengan dihadiri oleh 5 IPT yang sesuai dengan program pelajar di PMK. IPT yang hadir untuk menjayakan program hari kerjaya ini ialah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), UNIKL, MSU dan juga Universiti Of Cyberjaya (UOC).
Program dimulakan dengan Perasmian Pembukaan diikuti dengan lawatan Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah Akademi, Timbalan Pengarah II bersama semua Ketua Jabatan ke table talk pempamer. Kemudian sesi bergambar diadakan. Program diteruskan dengan sesi taklimat oleh IPT dan pelajar mendapatkan maklumat di meja pempamer.
Program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan semoga semua pelajar yang hadir mendapat manfaat di atas info yang telah diberikan.