KLEBANG, 7 Mac - Satu aktiviti gotong royong di Masjid Pokok Asam, Kampung Pinang, Klebang berjaya dilaksanakan disini semalam. Aktiviti ini telah dirancang oleh Pelajar DKA2C Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Melaka dengan kerjasama daripada Pengerusi Jawatankuasa Muafakat Politeknik Melaka serta Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan tahun ini. Antara pengisian aktiviti tersebut ialah, penaman anak pokok Jambu Batu Lohan, pembersihan semua kipas dinding dan kipas siling, membasuh kawasan perkarangan masjid, mengemas rak buku, membersihkan kolam wuduk dan membasuh pinggang mangkuk untuk kegunaan kenduri serta majlis berbuka di bulan Ramadan nanti.


Aktiviti yang telah dihadiri oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam En Norhafizan Majid, Penasihat Akdemik DKA2C Pn Siti Harni Zainal dan anak-anak, Penasihat CESAC En Hussein Alias, En Adzrul dan Isteri Noor Hafizah Azali selaku ahli kariah masjid, Mantan Ketua Program Pn Radziah Abd Rahman dan warga kariah Masjid Pokok Asam berjalan dengan lancar hasil kerjasama daripada En Hazuwan Bin Mohamed (Tok Sidang) selaku Setiausaha Masjid dan semua AJK Masjid Pokok Asam Kg Pinang Klebang.


Rakaman jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutama pihak dibelakang seperti Pn Siti Salbiah, Pn Munirah dan semua pensyarah JKA yang tidak dapat disebutkan di sini. Semoga jasa pengorbanan doa ingatan sumbangan kebaikan tuan-puan diganjari oleh Allah SWT.