SUMBER: SHARIFAH BINTI POLAI

Sungai Udang, 08 April 2021 – Seramai 20 golongan asnaf komuniti Sg.Udang, Melaka, menerima sumbangan berupa  barangan keperluan harian sempena  Program Jalinan Kasih Aidilfitri  2021 Fasa ke-2, anjuran Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka, dengan kerjasama RZ Petrol, Sg. Udang, Melaka. Penyerahan sumbangan ini telah diberikan kepada Leftenan Ustaz Habibullah bin Mohd Ghazali, Pegawai Agama Markas Garison Terendak selaku Imam 2 yang mewakili golongan asnaf di Masjid As-Syuhada Kem Terendak, Sg. Udang Melaka.  

Aktiviti ini bertujuan bagi membantu meringankan bebanan golongan asnaf dalam membuat persiapan  menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Diharapkan program ini dapat memberikan sinar kebahagiaan kepada ahli keluarga golongan asnaf dalam persiapan menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada RZ Petrol, Sg. Udang selaku penaja Program Jalinan kasih Aidilfitri 2021 dan pihak pengurusan Masjid As-Syuhada Kem Terendak, Sg. Udang dalam menjayakan program sukarelawan Jabatan Perdagangan, Politeknik Melaka.