Editor: HISHAMUDDIN SHAH BIN IBRAHIM

26 Feb 2021, Jumaat- Kg Chenor, Maran Ambang 2021 berbeza seperti tahun-taun sebelum ini. Hujan mulai turun pada malam 31 Disember 2020 dan terus berlarutan sehingga 3 Januari 2021. Keadaan bertambah genting apabila hujan lembut bertembung dengan air pasang dengan pantas menyebabkan banyak kawasan dinaiki air sehingga menyebabkan banyak jalan terputus hubungan dan sebahagian bandar di negeri Pahang lumpuh. Taburan hujan yang luar biasa dengan daerah Maran sahaja menerima purata hujan 253 mm pada Januari 2021 berbanding 55 mm sahaja pada Disember 2020.

Puluhan maahad tahfiz dan madrasah terjejas akibat fenomena banjir tahun ini. Antaranya ialah Pondok Pak Kob di Kg. Chenor , Maran. Kedudukan geografi yang berada di tebing Sungai Pahang mengakibatkan Maahad ini antara yang terawal menerima impak kesan daripada banjir di Pahang. Rancangan awal kami , untuk pergi menghantar bantuan bagi membersihkan kawasan maahad tersebut. Namun apabila diumumkan PKP 2.0 kami tunda misi kami hingga pada tarikh hari ini.

  

Seramai 12 orang staf Politeknik Melaka telah bertolak ke Kg Chenor , Maran seawal jam 6.30 pagi. Kami membawa pelbagai keperluan hasil perbincangan bersama pihak pengurusan Pondok Pak Kob iaitu Ustaz Barakahtullah. Selesai solat jumaat di Kampung Awah , kumpulan kami pun bergerak masuk ke dalam kawasan pondok. Kami dapat melihat kesan-kesan banjir besar bulan lepas pada bangunan dan sepanjang jalanraya.
Kenderaan kami iaitu bas tidak dapat sampai ke kawasan Pondok Pak Kob disebabkan laluan yang kecil Kami terpaksa berjalan kaki dan membawa sebahagian barangan sumbangan ke lokasi sebenar pondok tersebut. Setibanya disana kami mula melakukan sedikit kerja-kerja kerosakan pada pondok pelajar tahfiz yang rosak disebabkan kesan banjir sebelum ini.
Kami turut dijemput untuk melawat Galeri Maahad Tahfiz Al-Muhibbin dan diberikan penerangan tentang salasilah ulamak terdahulu berkait dengan kawasan Maran. Kami turut bertuah kerana dapat menyaksikan Al-Quran tulisan tangan berusia 200 tahun. Ziarah kami pada hari itu berakhir dengan upacara penyampaian sumbangan seperti kepada wakil:
 5 unit rak besi al – Quran
 5 unit meja Banquet (4’x2’)
 2 rak pinggan mangkuk
 2 kuali besar
 Pisau pemotong sayur , ayam dan daging.
Kami bergerak pulang disaat azan asar sedang berkumandang di bumi Maran. Misi selesai.