BANDARAYA MELAKA, 8 Disember 2020 - Satu lawatan penanda arasan Inkubator Beezzy Bizz program Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI) PMK ke Inkubator Leitto Kahve, UiTM Bandaraya Melaka yang diwakili oleh 12 orang pensyarah DPI. Lawatan ini bagi mengetahui hal ehwal berkaitan pengurusan, operasi, kewangan dan pemasaran serta mengetahui berkaitan hal ehwal pengurusan dan kebajikan pelajar yang terlibat di dalam inkubator. Sesi lawatan ini telah disambut mesra oleh Puan Ummi Kalsum binti Hassian dan Encik Zamzuri bin Ahmad Nazari, penasihat Inkubator Leitto Kahve. Semoga lawatan seperti ini akan memberikan sedikit informasi mengenai pengendalian inkubator pelajar.