Assalamualaikum & salam sejahtera,

 
Tuan/Puan,
 
Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa Unit Teknologi Maklumat PMK telah mengaktifkan fungsi tetapan bagi Security Authentication dan Forgot My Password di aplikasi Microsoft 365. Fungsi ini adalah sebagai kaedah perlindungan keselamatan tambahan terhadap akaun semua pengguna Microsoft 365 PMK serta membolehkan aktiviti reset password dilaksanakan sendiri oleh pengguna tanpa perlu melalui pihak UTM. Pengaktifan fungsi ini terpakai kepada semua akaun Microsoft 365 staf dan siswa/siswi PMK.
 
Sehubungan itu, semua pengguna Microsoft 365 PMK dikehendaki melaksanakan penetapan tersebut ke atas akaun masing-masing. Manual penetapan tersebut boleh di dapati  di Laman Web PMK > UTM > Rujukan . 
 
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh diajukan kepada Pn. Haidar Nur Rifhan binti Basir (06-3376022) atau En. Mohd Yusrin bin Sarip (06-3376082).
 
Kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
Pentadbir Microsoft 365
Unit Teknologi Maklumat
Politeknik Melaka 
 
2 November 2022