Sekiranya terdapat mana-mana siswa/siswi yang bergejala seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak perlulah:-

 

Pertama:         Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu dalam tong sampah.

Kedua:              Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai. Jarakkan diri anda sekurang-kurangnya 1 meter dari orang yang sihat.

Ketiga:              Guna penutup mulut dan hidung (mask).

Keempat:        Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

Kelima:            Elakkan bersalaman atau bersentuhan jika bergejala (demam, batuk/bersin dan sesak nafas). Letakkan tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman atau bersentuhan.

Keenam:          Dapatkan rawatan awal apabila mempunyai gejala demam, batuk dan sukar bernafas.

 

Sekiranya menerima Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 Di Bawah Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

 

  1. Tindakan yang perlu dilakukan semasa dalam tempoh pemerhatian dan pengawasan
    1. Tinggal di rumah kediaman sepanjang masa mengikut tempoh yang diarahkan pegawai yang diberi kuasa/ Pegawai Kesihatan Daerah.
    2. Asingkan diri daripada ahli keluarga/rakan yang lain, umpamanya berada di bilik yang berasingan. Sekiranya perlu berinteraksi dengan ahli keluarga/rakan, anda dikehendaki memakai penutup mulut dan hidung (mask).
  • Aturkan dengan waris/saudara-mara/rakan untuk membeli keperluan harian.
  1. Jika anda terpaksa pergi ke suatu tempat kerana tidak dapat ditangguhkan, sila hubungi dan dapatkan nasihat daripada Pegawai Kesihatan Daerah.
  2. Elakkan daripada berhubung secara dekat dengan ahli-ahli keluarga/rakan-rakan. Sekiranya saudara-mara, sahabat handai menziarahi anda – adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mencatatkan nama, nombor telefon dan tarikh kunjungan mereka.
  3. Mana-mana individu lain yang tinggal serumah tetapi TIDAK dikenakan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah adalah BEBAS untuk melakukan aktiviti seharian mereka.
  • Anda hanya akan diberi pelepasan oleh Pejabat Kesihatan Daerah daripada menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah selepas 14 hari dari tarikh akhir anda terdedah kepada kes yang disahkan COVID-19.

 

  1. Periksa gejala jangkitan
    1. Periksa suhu badan setiap hari dan keadaan ini perlu dipantau selama 14 HARI.
    2. Penutup mulut dan hidung (mask) hendaklah dipakai sepanjang masa jika anda demam atau batuk sebelum bantuan perubatan tiba.
  • Jika anda mengalami tanda-tanda berikut, SEGERA hubungi Pegawai Kesihatan Daerah untuk tindakan selanjutnya.
  1. Kesukaran bernafas – tercungap-cungap, pernafasan menjadi laju atau warna bibir bertukar menjadi kebiruan.
  2. Batuk berdarah.
  3. Sakit dada yang berterusan.
  • Demam yang berpanjangan sehingga melebihi 3 hari atau demam yang berulang semula selepas 3 hari.

 

  1. Perkara-perkara yang dilarang
    1. Menanggalkan penutup mulut dan hidung (mask) apabila dikunjungi oleh waris atau tetamu.
    2. Meninggalkan rumah kediaman beralamat di atas bagi tujuan membeli-belah, bersiar-siar ke padang permainan atau ke tempat awam.

 

 

  1. PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) LANGKAH KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID019 DI POLITEKNIK MELAKA

 

  • PROSEDUR SARINGAN DI PINTU MASUK KAMPUS
    • Siswa/siswi hanya dibenarkan masuk menerusi pintu utama dan keluar menerusi pintu kedua Politeknik Melaka.
    • Siswa/siswi perlu mengimbas QR code MySejahtera yang disediakan dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing sebelum masuk ke kawasan Politeknik Melaka dan melengkapkan maklumat diri dan mebuat penilaian kendiri
    • Semua siswa/siswi perlu dengan menunjukkan keputusan penilaian kendiri MySejahtera yang telah diisi kepada pegawai bertugas dan menjalani pemeriksaan suhu sebelum masuk ke Politeknik Melaka. Sesiapa yang gagal saringan kesihatan dengan suhu badan melebihi 37.5c tidak dibenarkan masuk ke dalam kampus dan perlu mengulangi saringan suhu selepas 15 minit, Sekiranya siswa/siswi masih menunjukkan suhu melebihi 37.5c, siswa/siswi perlu dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar untuk tindakan selanjutnya.
    • Setiap siswa/siswi PMK digalakkan memakai penutup hidung dan mulut, dan mematuhi penjarakan sosial, mempraktikkan polisi tidak bersalaman dan kerap membasuh tangan sama ada menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

 

  • PROSEDUR RUANG UMUM – PEJABAT PENTADBIRAN, PEJABAT HAL EHWAL & PEMBANGUNAN PELAJAR & BILIK PENSYARAH
    • Siswa/siswi digalakkan memakai mask atau penutup hidung dan mulut sebelum memasuki ruang pejabat.
    • Siswa/siswi perlu menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) atau mencuci tangan dengan sabun sebelum berurusan dengan pegawai atau pensyarah.
    • Siswa/siswi perlu memastikan penjarakan sosial minimum satu (1) meter semasa di kaunter perkhidmatan, meja dan kerusi yang disediakan.
    • Setiap individu perlu mengamalkan norma baharu iaitu tidak berjabat tangan mahupun bersalaman serta elakkan sentuhan fizikal dengan siswa/siswi lain.

 

  • PROSEDUR RUANG UMUM – TANDAS
    • Siswa/siswi digalakkan memakai mask atau penutup hidung dan mulut sebelum memasuki tandas.
    • Siswa/siswi dikehendaki mematuhi penjarakan sosial minum satu (1) meter antara pengguna di luar tandas dengan mengikut garisan pita pelekat yang telah ditandakan di atas lantai atau laluan sekiranya perlu beratur menunggu giliran.
    • Siswa/siswi perlu menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) atau mencuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas memasuki tandas.
    • Setiap individu perlu mengamalkan norma baharu iaitu tidak berjabat tangan mahupun bersalaman serta elakkan sentuhan fizikal dengan siswa/siswi lain.

 

  • PROSEDUR RUANG UMUM – PUSAT SISWA/SISWI
    • Siswa/siswi digalakkan memakai mask atau penutup hidung dan mulut sebelum memasuki ruang pusat siswa/siswi.
    • Siswa/siswi dikehendaki mematuhi penjarakan sosial minum satu (1) meter antara pengguna di pusat siswa/siswi dengan mengikut garisan pita pelekat yang telah ditandakan.
    • Siswa/siswi perlu menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) atau mencuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas memasuki pusat siswa/siswi.
    • Setiap individu perlu mengamalkan norma baharu iaitu tidak berjabat tangan mahupun bersalaman serta elakkan sentuhan fizikal dengan siswa/siswi lain.

 

  • PROSEDUR RUANG UMUM – SURAU
    • Siswa/siswi digalakkan memakai mask atau penutup hidung dan mulut sebelum memasuki surau.
    • Waktu solat dalam kalangan siswa/siswi perlu dibuat secara berperingkat dan bilangan penghuni dihadkan di ruang solat setiap masa untuk mengelakkan kesesakan.
    • Siswa/siswi dikehendaki mematuhi penjarakan sosial minum satu (1) meter antara pengguna di ruang mengambil wuduk dan di dalam ruang solat dengan mengikut garisan pita pelekat yang telah ditandakan.
    • Siswa/siswi perlu menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) atau mencuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas memasuki surau.
    • Siswa/siswi digalakkan menggunakan barangan solat sendiri seperti sejadah, kain telekung dan tidak berkongsi dengan pengguna lain.
    • Setiap individu perlu mengamalkan norma baharu iaitu tidak berjabat tangan mahupun bersalaman serta elakkan sentuhan fizikal dengan siswa/siswi lain.

 

 

 

  • PROSEDUR RUANG UMUM – PREMIS MAKANAN/KOPERASI
    • Siswa/siswi digalakkan memakai mask atau penutup hidung dan mulut sebelum memasuki pintu utama premis makanan atau koperasi.
    • Siswa/siswi perlu menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) atau mencuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas masuk ke premis makanan atau koperasi.
    • Siswa/siswi perlu memastikan penjarakan sosial minimum satu (1) meter semasa di premis makanan atau koperasi dengan mengikut garisan pita pelekat yang telah ditandakan di atas lantai atau laluan sekiranya perlu beratur menunggu giliran untuk mendapatkan makanan atau membuat pembayaran di kaunter pembayaran serta duduk di meja dan kerusi yang telah disediakan.
    • Setiap individu perlu mengamalkan norma baharu iaitu tidak berjabat tangan mahupun bersalaman serta elakkan sentuhan fizikal dengan siswa/siswi lain.

 

  • PROSEDUR RUANG KHUSUS – MAKMAL, BENGKEL, DEWAN KULIAH & BILIK KULIAH
    • Siswa/siswi digalakkan memakai mask atau penutup hidung dan mulut sebelum memasuki ruang makmal, bengkel, dewan kuliah atau bilik kuliah.
    • Siswa/siswi perlu mengimbas QR code (e-hadir) yang disediakan dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing sebelum masuk ke makmal, bengkel, dewan kulaih dan bilik kuliah.
    • Siswa/siswi perlu menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) atau mencuci tangan dengan sabun sebelum masuk ke makmal, bengkel, dewan kuliah atau bilik kuliah.
    • Siswa/siswi perlu memastikan penjarakan sosial minimum satu (1) meter semasa di makmal, bengkel, dewan kuliah serta bilik kuliah dan duduk di meja dan kerusi yang telah disediakan.
    • Setiap individu perlu mengamalkan norma baharu iaitu tidak berjabat tangan mahupun bersalaman serta elakkan sentuhan fizikal dengan siswa/siswi lain.

 

  • PROSEDUR RUANG KHUSUS – PERPUSTAKAAN
    • Siswa/siswi perlu menjalani saringan pemeriksaan suhu di bahagian luar pintu masuk utama perpustakaan.
    • Siswa/siswi perlu mengimbas QR code (e-hadir) yang disediakan dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing sebelum masuk ke perpustakaan.
    • Siswa/siswi digalakkan memakai mask atau penutup hidung dan mulut sebelum memasuki pintu utama perpustakaan.
    • Siswa/siswi perlu menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) atau mencuci tangan dengan sabun sebelum masuk ke perpustakaan.
    • Siswa/siswi perlu merekod kehadiran di kaunter khidmat pelanggan selepas memasuki pintu utama perpustakaan.
    • Siswa/siswi perlu memastikan penjarakan sosial minimum satu (1) meter semasa di kaunter perkhidmatan, ruang perpustakaan dan duduk di meja dan kerusi yang telah disediakan.
    • Setiap individu perlu mengamalkan norma baharu iaitu tidak berjabat tangan mahupun bersalaman serta elakkan sentuhan fizikal dengan siswa/siswi lain.
  • PROSEDUR PENGURUSAN AKTIVITI SISWA/SISWI
    • Semua aktiviti sukan dan kokurikulum luar ditangguhkan buat sementara waktu. (kecuali bagi kelab dan persatuan yang menjalani pembelajaran secara atas talian- Sem 1 & Sem 2)
    • Program lawatan sambil belajar pihak luar ditangguhkan buat sementara waktu.
    • Program Politeknik Melaka yang dianjurkan di luar kawasan ditangguhkan buat sementara waktu.
    • Semua siswa/siswi yang bergejala dinasihatkan untuk tidak menyertai program atau aktiviti yang memerlukan penyertaan.

 

  • PROSEDUR MENGELAK JANGKITAN VIRUS SEMASA DI KAMSIS/RUMAH SEWA
    • Siswa/siswi perlu sentiasa menjarakkan diri sejauh satu (1) meter daripada orang lain semasa keluar dari kamsis atau rumah sewa.
    • Siswa/siswi sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer dan mengelakkan dari menyentuh wajah.
    • Sekiranya pulang dari keluar membeli barangan keperluan, siswa/siswi perlu disinfeksi pembungkus makanan dan barangan yang dibeli sebelum masuk ke dalam kamsis atau rumah sewa.
    • Siswa/siswi perlu kerap disinfeksi kuman untuk semua barangan atau perkakas yang disentuh seperti tombol pintu, suis lampu, kunci dan telefon bimbit.
    • Sekiranya siswa/siswi membeli makanan menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan, digalakkan melakukan pembayaran secara atas talian. Siswa/siswi perlu meminta penghantar meletakkan makanan di depan bilik kamsis atau rumah sewa dan sila kekalkan jarak 1 meter jika perlu mengambil makanan secara face to face. Siswa/siswi perlu membasuh tangan selepas mengambil makana yang dibeli.
    • Jika terdapat rakan serumah yang sakit, sila pastikan rakan siswa/siswi mendapatkan rawatan doctor dengan kadar segera. Siswa/siswi perlu mengasingkan rakan yang sakit ke bilik yang lain. Siswa/siswi juga dielakkan berkongsi barangan dengan rakan yang sakit. Jika perlu membantu rakan pastikan memakai sarung tangan dan kerap membasuh tangan. Nasihatkan rakan yang sakit sentiasa memakai penutup hidung dan mulut.

 

PERINGATAN:

  • Siswa/siswi wajib mematuhi protokol kesihatan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti mengelakkan 3S/3C iaitu kawasan sesak (crowded place), elakkan kawasan sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur pada jarak dekat (close conversation).
  • Siswa/siswi juga hendaklah mematuhi saranan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala (wear) dan mematuhi amaran dan peringatan (warn) KKM seperti elak bersalaman/bersentuhan, amalkan etika batuk dan bersin, lakukan aktiviti disenfeksi, dan hanya keluar sekiranya ada urusan penting sahaja.
  • Pihak Pengurusan Politeknik Melaka menggesa para siswa/siswi agar memastikan kesihatan dan keselamatan diri mereka sentiasa terjaga dengan mengamalkan kebersihan diri pada tahap tertinggi.

 

 

Sebarang penambahan berkenaan garis panduan dan langkah pencegahan ini akan dibuat dari semasa ke semasa

 

~Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Siswa/siswi Politeknik Melaka~