POLITEKNIK MELAKA,16 Jun – Satu kaji selidik ini telah dijalankan oleh Unit Perpustakaan Politeknik Melaka bagi mengkaji budaya membaca di kalangan warga Politeknik Melaka. Seramai 401 responden yang terdiri daripada 136 orang staf dan 265 orang pelajar telah terlibat dalam menjawab kaji selidik tersebut yang menggunakan borang soal selidik dan secara manual dan atas talian untuk pengumpulan data.

 

 

Antara tujuan kaji selidik ini diadakan adalah untuk mengetahui tahap pembudayaan membaca warga Politeknik Melaka, mengenalpasti medium pembacaan serta mendapatkan cadangan penambahbaikkan pembudayaan membaca dan koleksi bahan rujukan.

Di antara dapatan yang boleh didapati dalam kaji selidik ini adalah masa yang diambil oleh warga Politeknik Melaka untuk membaca setiap hari lebih kurang satu jam adalah sebanyak 37.4%. Selain itu, peratusan perbelanjaan untuk bahan bacaan oleh warga Politeknik Melaka tertinggi 36.7% ialah RM 50.00 ke atas dalam tempoh satu tahun.

Statistik NOP World Culture Score Index 2019 menunjukkan bahawa India merupakan negara yang paling banyak menghabiskan masa dengan membaca, iaitu melebihi 10 jam seminggu. Warga Politeknik Melaka telah membuktikan bahawa budaya membaca telah diterapkan dalam hidup mereka kerana telah membaca melebihi 9 jam seminggu setanding dengan masyarakat negara-negara maju.