13 Mei 2020, POLITEKNIK MELAKA – Politeknik Melaka memberikan bantuan pegawai pengiring dan bas politeknik bagi melancarkan OPS Terbang dari Kota Kinabalu ke kampong halaman pelajar Universiti Malaysia Sabah(UMS) ke keseluruh daerah negeri Melaka dan Kuala Lumpur.

 

 

En Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair dan En Mohd Irman bin Daud  bertindak sebagai pegawai pengiring kepada pelajar-pelajar dari UMS ini. Seramai 27 pelajar dihantar ke kampong halaman masing-masing melalui dua kali perjalanan. Ops Terbang ini berpusat di KLIA di kawal selia oleh Jabatan Pengajian Politeknik Kolej Komuniti sebagai penyelaras utama operasi ini.

Terima kasih kepada semua agensi kerajaan seperti PDRM, Bomba dan agensi-agensi lain yang bersama-sama dalam menjayakan Ops Terbang IPT ini serta kepada semua Jawatankuasa Politeknik Melaka yang terlibat sebagai sukarelawan bagi kelancaran program ini.