12 Mei 2020, POLITEKNIK MELAKA - Seorang pelajar Politeknik Melaka berasal dari Sarawak yang terkandas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing pada Selasa yang lalu. Para pelajar dihantar pulang ke pelbagai daerah di negeri Sarawak .

 

 

Turut hadir memantau perjalanan pulang ini ialah En Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair , Pegawai Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, Politeknik Melaka. Beliau memantau kelancaran ini dan dibantu oleh En. Mohd Irman bin Daud, pegawai JHEPP sebagai pegawai pengiring pelajar ke pusat pelepasan di KLIA1.

Terima kasih kepada semua agensi kerajaan seperti PDRM, Bomba dan agensi-agensi lain yang bersama-sama dalam menjayakan Ops Hantar Pulang Pelajar IPT ini serta kepada semua Jawatankuasa Politeknik Melaka yang terlibat sebagai sukarelawan bagi kelancaran program ini.