10 Mei 2020, POLITEKNIK MELAKA - Seramai empat pelajar Politeknik Melaka yang terkandas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing pada Ahad yang lalu. Para pelajar dihantar pulang ke pelbagai daerah di negeri Sabah .

 

 

Turut hadir memantau perjalanan pulang ini ialah Puan Hazira binti Saleh, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, Politeknik Melaka. Beliau memantau kelancaran ini dan dibantu oleh En. Mohd Khairuddin b Ahmad Khair, pegawai JHEPP sebagai pegawai pengiring pelajar ke pusat pelepasan di KLIA1.

Terima kasih kepada semua agensi kerajaan seperti PDRM, Bomba dan agensi-agensi lain yang bersama-sama dalam menjayakan Ops Hantar Pulang Pelajar IPT ini serta kepada semua Jawatankuasa Politeknik Melaka yang terlibat sebagai sukarelawan bagi kelancaran program ini.