08 Mei 2020, POLITEKNIK MELAKA - Seramai empat pelajar Politeknik Melaka yang terkandas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing pada Jumaat yang lalu. Para pelajar dihantar pulang ke pelbagai daerah di negeri Perak .

 

 

Turut hadir memantau perjalanan pulang ini ialah En. Mohd Khairuddin b Ahmad Khair, Pegawai Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, Politeknik Melaka. Beliau memantau kelancaran ini dan dibantu oleh En. Mohd Saipul bin Senin, pegawai JHEPP sebagai pegawai pengiring pelajar ke pusat pelepasan di UITM Alor Gajah.

Terima kasih kepada semua agensi kerajaan seperti PDRM, Bomba dan agensi-agensi lain yang bersama-sama dalam menjayakan Ops Hantar Pulang Pelajar IPT ini serta kepada semua Jawatankuasa Politeknik Melaka yang terlibat sebagai sukarelawan bagi kelancaran program ini.