7 Mei 2020, POLITEKNIK MELAKA - Seramai empat pelajar Politeknik Melaka yang terkandas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing pada Khamis yang lalu. Para pelajar dihantar pulang ke Kelantan dan Pahang.

 

 

Turut hadir memantau perjalanan pulang ini ialah Pn Hazira binti Saleh, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, Politeknik Melaka. Beliau memantau kelancaran ini dan dibantu oleh En. Mohd Irman Daud, pegawai JHEPP sebagai pegawai pengiring pelajar ke pusat pelepasan di Politeknik Merlimau.

Terima kasih kepada semua agensi kerajaan seperti PDRM, Bomba dan agensi-agensi lain yang bersama-sama dalam menjayakan Ops Hantar Pulang Pelajar IPT ini serta kepada semua Jawatankuasa Politeknik Melaka yang terlibat sebagai sukarelawan bagi kelancaran program ini.