Sumber : PPA PMK

4 Mei 2020, POLITEKNIK MELAKA - Seramai enam pelajar Politeknik Melaka yang terkandas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing pada isnin yang lalu. Lima orang pelajar dihantar pulang ke Selangor dan seorang pelajar dihantar pulang ke Kuching, Sarawak.

  

 

Turut hadir memantau perjalanan pulang ini ialah Pn Hazira binti Salleh, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, Politeknik Melaka. Beliau memantau kelancaran ini dan dibantu oleh En. Mohd Isah, pegawai JHEPP sebagai pegawai pengiring pelajar ke Check Point di Uitm Lendu.

Terima kasih kepada semua agensi kerajaan seperti PDRM, Bomba dan agensi-agensi lain yang bersama-sama dalam menjayakan Ops Hantar Pulang Pelajar IPT ini serta kepada semua Jawatankuasa Politeknik Melaka yang terlibat sebagai sukarelawan bagi kelancaran program ini.