Sumber: Puan Nurul Ayunni Binti Abdul Latif, Pegawai Unit Jaminan Kualiti.

 

Politeknik Melaka, 29 Oktober 2020 -  Bengkel Pelan Tindakan 2021 dan Pelan Strategik 2021-2025 telah diadakan pada 27 hingga 28 Oktober 2020 (Selasa –Rabu) di Dewan Bendahara Hotel Mudzaffar, Melaka. Seramai 36 orang staf telah dipilih sebagai pemegang dokumen Pelan strategik dan Pelan tindakan di jabatan dan unit. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Penceramah dilantik iaitu Dr. Rosnani Binti Affandi dan Ketua Unit Jaminan Kualiti Pn. Sinatu Sadiah Binti Shapie serta Pegawai Kualiti Pn. Nurul Ayunni binti Abdul Latif.

Matlamat utama diadakan Bengkel Pelan Tindakan 2021 dan Pelan Strategik 2021-2025 Politeknik Melaka adalah:

  1. Menilai prestasi / pencapaian semasa PMK berdasarkan objektif yang disasarkan.
  2. Membentang pelan tindakan 2020 agar perancangan Pelan Strategik lebih mantap.
  3. Merangka pelan strategik (jangka panjang) PMK seiring Transformasi Politeknik Fasa III dan PPPM (PT).

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, semoga bengkel ini dapat memberi manfaat kepada semua jabatan dan unit untuk mencapai target PMK yang telah dirancang.