Editor: HISHAMUDDIN SHAH BIN IBRAHIM

   

21-22hb Disember 2020- Politeknik Melaka sekali lagi mendekati komuniti setempat yang terpilih. Tiada pelajar bukanlah halangan program khidmat bakti tidak dapat dijalankan. Sekumpulan Staf Politeknik Melaka telah melaksanakan ziarah mahabbah sambil menyampaikan bantuan Kotak Rezeki Ummah Myfundaction. Empat kawasan menjadi tumpuan kali ini iaitu Kampung Bukit Lintang, Kampung Paya Ikan , DUN Pantai Kundor dan Kampung Padang.

Sepanjang program berlangsung , kami menyelami permasalahan masyarakat yang masih ramai lagi yang serba kekurangan. Kehadiran orang luar menyampaikan bantuan sesungguhnya amat dinantikan mereka. Encik Yaakob bin Abdul, 83 menghidapi penyakit darah tinggi dan pandangan mata beliau juga telah hilang sepenuhnya. Amat menyedihkan apabila tiada yang dapat membantu beliau untuk membawa ke Klinik Kesihatan bagi pemeriksaan berjadual.

Salah seorang penerima bantuan Puan Kamisah binti Mahmod,78 tidak menahan air mata atas kunjungan kami. Beliau yang menetap di di Kampung Padang memerlukan bantuan keperluan harian dan juga lampin pakai buang dewasa yang mencukupi setiap bulan.Malah terdapat seorang penerima yang tinggal dalam keadaan yang amat daif, namun kisahnya tidak dapat dikongsi di sini ,tapi keadaan penerima tersebut cukup menjadi pengajaran buat kami.

Untuk rekod sepanjang ziarah kami disertai oleh Tok Sidang Kampung Bukit Lintang, En Jahari bin Abdul, Tok Sidang Kg Paya Ikan En Saiful bin Senin dan Penyelia KEMAS Kawasan DUN Pantai Kundor, En Jamil bin Man.