22 OKTOBER  2020, Politeknik Melaka – Unit Peperiksaan, PMK telah berjaya menganjurkan Bengkel Penilaian dan Pemurnian Item Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2020 bagi Program DPI pada 20 – 22 Oktober 2020 bertempat di IBIS HOTEL, MELAKA.

Bengkel ini bertujuan  untuk pengumpulan draf item peperiksaan akhir yang akan melalui proses penilaian dan permurnian dari seluruh Politeknik Malaysia melibatkan pegawai peperiksaan, panel penilai,ketua panel penilai dan panel luar  yang dilantik. Proses ini memerlukan penyelarasan dan permurnian terperinci bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan set item. Bengkel  ini melibatkan sebanyak 20 set item peperiksaan dan merangkumi semakan ke atas format penulisan kertas item,peraturan permarkahan, ketepatan soalan peperiksaan (FEIST).

Menerusi bengkel ini, 20 set lengkap item peperiksaan akhir yang berkualiti akan dihasilkan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir Sesi Jun 2020 dan Disember 2020.Selain itu, ia bertujuan untuk memberi peluang kepada panel pemasang soalan mendapatkan  komen secara terus daripada panel luar yang dijemput bagi menyemak kandungan soalan yang dihasilkan

   

Unit Peperiksaan berharap bengkel ini dapat memberi impak dimana semua set item peperiksaan akhir dan peraturan pemarkahan telah dimurnikan mengikut FEIST dan arahan yang telah diberikan oleh pihak BPN.Selain itu, semua set item peperiksaan akhir dan peraturan pemarkahan yang dimurnikan telah disahkan oleh pihak ketua panel penilai dan juga panel penilai luar serta semua set item peperiksaan akhir yang dihasilkan adalah berkualiti memenuhi tahap diploma dan juga mengandungi ciri-ciri seperti kesahan, kebolehpercayaan dan keadilan.

           

 

 Ucapkan tahniah dan terima kasih kepada peserta yang terlibat kerana telah berjaya melaksanakan bengkel tersebut dengan jayanya.