INOVASI JKE PMK BOLOT 2 EMAS
25 November 2020, Melaka - JKE PMK telah merangkul 2 Pingat EMAS dalam pertandingan International Virtual Educational Invention, Innovation and Design Competition 2020 (iVEDICC 2020) anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam baru-baru ini.
Kejayaan Pingat Emas dicapai melalui produk inovasi bertajuk REKABENTUK PANGKALAN DATA DALAM TALIAN BAGI ASET DAN INVENTORI DENGAN MENGGUNAKAN QR KOD (SPAQRC) dan pasukan penyelidik produk ini diketuai oleh Ts. Hj. Zahidi Zamzuri, En. Mohd Aly Rajaie Bin Halim dan En. Ahmad Syukri Bin Mohamed Yunus. SPAQRC dihasilkan bagi meningkatkan kecekapan proses pengurusan dan juga proses pengauditan aset dan secara rasminya telah dilancarkan penggunaannya di Politeknik Melaka oleh Sr. Hj. Razali Bin Johari, Pengarah PMK pada 16 November 2020 yang lalu. Produk ini juga pernah memenangi Pingat Emas di pertandingan inovasi pensyarah TVET (PERISA2020) yang diadakan pada September 2020 yang lepas.
Kejayaan Pingat Emas juga dicapai melalui produk inovasi bertajuk 3 PHASE STAR DELTA TRAINER yang mana pasukan penyelidiknya juga ketuai oleh Ts. Hj. Zahidi Zamzuri, Puan Azlina Nordin dan En. Ahmad Syukri Bin Mohamed Yunus. 3 PHASE STAR DELTA TRAINER yang dibangunkan ini memudahkan pelajar menjalankan amali dan dapat memaparkan gelombang 3 fasa Star – Delta dengan hanya menggunakan bekalan kuasa 240VAU satu fasa selain boleh digunakan di dalam kelas atau tempat selain dari makmal. Sebelum ini, produk ini juga memenangi Pingat Emas di UTeMEX 2019 yang diadakan di UteM Melaka.
Sementara itu, Ketua Penyelidik yang juga Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik PMK, Ts. Hj. Zahidi Zamzuri berkata, “Kejayaan merangkul dua Pingat EMAS dalam bidang inovasi ini sangat membanggakan, malah produk inovasi dihasilkan perlu dilihat sebagai satu penerokaan inovasi yang boleh dicontohi dan dijadikan budaya di JKE PMK. Kejayaan ini memberi suntikan semangat untuk menghasilkan lebih banyak produk inovasi di masa akan datang. ”
TAHNIAH & SYABAS diucapkan.