07 Dis 2020 - Satu program lawatan sambil belajar secara online di Top Glove telah diadakan. Program ini dianjurkan oleh Unit Kerjaya dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Perdagangan. 

 

Seramai 40 pelajar terlibat. Top Glove menawarkan elaun untuk pelajar yang ingin menjalani latihan industri di sana dan banyak kemudahan dan kelebihan menarik yang juga ditawarkan untuk pelajar PMK yang ingin membuat latihan industri dan bekerja di sana.