Warga Politeknik Melaka Bantu Mangsa Banjir Di Tehel
Tehel, Jasin - 24 November 2020 : Dua kali dilanda banjir dalam tempoh sebulan. Itulah yang dirasai oleh penduduk beberapa kampung disekitar Tehel baru-baru ini. Kejadian pertama pada 15hb yang Oktober yang lalu disebabkan hujan di hulu sungai. Namun kali ini hujan yang turun dengan lebat hanya dalam beberapa jam , membuatkan rumah mereka dinaiki air buat kali kedua dalam tempoh sebulan. Namun mereka redha dengan ujian kali ini yang telah mereka lalui sejak sekian lama.
Sekumpulan pelajar yang memang tidak balik sejak dari awal semester telah digerakkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bagi membantu penduduk kampung yang terjejas. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan bersama alat mencuci dan ‘water jet’. Mereka terdiri dari pelbagai bidang pengajian di Politeknik Melaka.
Salah seorang pelajar Abdul Hakim, 20 menyatakan rasa teruja membantu penduduk kampung, disamping dapat mengenali komuniti setempat. Sebanyak 4 buah rumah telah berjaya dibersihkan dari kotoran kesan lumpur dibawa oleh air banjir dalam tempoh 3 jam kerja-kerja pembersihan dilaksanakan. Puan Saamah binti Masdi, adalah seorang warga emas, dan beliau mengucapkan jutaan terima kasih pada para pelajar atas kesudian membantu membersihkan rumahnya kali ini.