18 Nov 2020,Politeknik Melaka. Buat pertama kalinya penganjuran Majlis Perasmian Penutupan Program Innovation Competition, Conference & Career Exhibition 2020 , I3CE 2020 dijalankan secara atas talian. Program yang menggabungkan antara hasil inovasi pelajar semester akhir, taklimat kerjaya dari agensi dan industry terpilih serta alumni akhirnya melabuhkan tirai pada petang ini. Walaupun negara sedang menghadapi gelombang ketiga pandemic Covid 19,siswa dan siswi tetap beriltizam dalam menyiapkan setiap rekacipta mereka. Sebanyak 73 kumpulan pelajar dari kategori produk dan ilmiah dapat dihasilkan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Perdagangan.

  

 

Program ini juga pertama kalinya turut menerima penyertaan dari 4 buah politeknik rakan kolaborasi dari Indonesia iaitu Politeknik Negeri Bandung, Politeknik Negeri Sriwijaya, Politeknik Negeri Bengkalis dan Politeknik Negeri Medan. Sebanyak 10 penyertaan diterima bagi kategori produk dan 5 bagi kategori ilmiah.

Dengan tema “ Technological Development Towards A Sustainable Community” , telah menghasilkan inovasi dalam bidang seperti automasi, robotic , internet of things, cyber securities dan ‘artificial intelligence’. Semuga budaya merekacipta sesuatu yang baru terus subur dan bercambah dalam sanubari siswa dan siswi Politeknik Melaka.