Sumber : Norlydah Othman Latpi

5 November 2020, Melaka – Politeknik Melaka telah menganjurkan Mesyuarat Maklumbalas Rubrik dan Kurikulum DUT600610 Engineering Industrial Training bagi program DKA, DJK dan DKM bersama Panel Penasihat Industri yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 3-4 November 2020 secara norma baru atas talian melalui aplikasi Google Meet. Mesyuarat maklum balas ini diadakan bertujuan untuk semakan dokumen kurikulum Latihan Industri Program Diploma Kejuruteraan dan mendapatkan maklumbalas daripada IAP (Industrial Advisor Panel) iaitu dari pihak industri bagi menjamin kualiti dan kelestarian sesuatu program akademik, di mana kurikulum program haruslah dinamik, relevan dengan keperluan semasa serta bersedia menghadapi cabaran akan datang.

 

 

Input dan maklumbalas daripada pihak berkepentingan seperti industri, badan professional, alumni dan pensyarah yang mempunyai pengalaman profesional dalam bidang kejuruteraan amat diperlukan untuk membuat penilaian ke atas semakan kurikulum program pengajian bagi tujuan penambaikan berterusan (CQI) dan bagi memenuhi kandungan kurikulum selari dengan keperluan Industri.

 Mesyuarat pada hari pertama sesi pagi 3 November 2020 dimulakan bersama dengan panel penasihat industri Diploma Kejuruteraan Awam iaitu Ir Shahrul Nizar bin Shaari, Pengarah Innovacia Sdn Bhd (Selangor) dan bersambung ke sesi petang bersama Professor Madya Ts. Dr. Mohd Haziman bin Wan Ibrahim yang merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Kej Awam Dan Alam Bina, UTHM, Batu Pahat Johor

 

 

MESYUARAT DIJALANKAN SECARA ATAS TALIAN – GOOGLE MEET BERSAMA PROF MADYA TS. DR MOHD HAZIMAN BIN WAN IBRAHIM

 

MESYUARAT DIJALANKAN SECARA ATAS TALIAN – GOOGLE MEET BERSAMA IR SHAHRUL NIZAR BIN SHAARI

 

Pada hari kedua, mesyuarat diteruskan lagi pada sesi pagi 4 November 2020 bersama panel penasihat industri Diploma Kejuruteraan Mekanikal iaitu En. Ahmad Safwan bin Salim yang merupakan Senior R&D Engineer dari Sindutch Cable Manufacturer Sdn Bhd (Prysmian Group), Alor Gajah yang juga merangkap alumni politeknik Malaysia. Pada sesi petang pula, mesyuarat bersama panel penasihat industri Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kawalan) iaitu Ir. Dr Hannerita binti Mohd Zainal yang bertugas sebagai Jurutera Elektrik Penguasa Kanan di Bahagian Kompetensi, Pensijilan Dan Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKA (CREaTE Alor Gajah), Jabatan Kerja Raya Malaysia.

 

MESYUARAT BERSEMUKA SESI PAGI BERSAMA EN AHMAD SAFWAN BIN SALIM

 

MESYUARAT SESI PETANG BERSAMA Ir. DR. HANNERITA BINTI MOHD ZAINAL