11 MAC 2020, Taboh Naning: Telah berlangsung dengan jayanya program social innovation PMK dengan kerjasama ADTEC bersama orang asli Taboh Naning Melaka.

Antara objektif SI ini adalah untuk merapatkan hubungan antara institusi Pendidikan bersama orang Asli serta mempromosikan PMK sebagai institusi Pendidikan yang mesra bersama Komuniti.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah PMK. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Matematik Sains Komputer, ADTEC, JAKOA dan juga KEMAS diatas penganjuran ini.

 #pmkkecil2cilipadi

Politeknik Melaka dengan gabungan 3 Jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Awam (JKA) dan Matematik dan Sains Kejuruteraan (JMSK) telah mengambil inisiatif mengadakan kerjasama dengan Penduduk

Kampong Orang Asli Bukit Payong, Taboh Naning, Melaka untuk menganjurkan Kursus Asas Kimpalan (MIG), Kursus Servis Motor dan Kursus Paip kepada belia dari Kampong Orang Asli Bukit Payong,Taboh Naning,

Melaka bagi memberi pendedahan kepada mereka tentang kerja-kerja kimpalan,Servis motor dan penyambungan paip yang banyak digunakan didalam industri seperti pembinaan dan pembuatan.

Program Explorace Matematik juga akan diadakan bersama kanak-kanak Tadika di sana untuk memberi pendedahan mengenai matematik secara santai.