20hb September 2020, Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi - Telah berlangsung 1 program “Program Lestari:Cuci-cuci Masjid, Edaran Kotak Rezeki Ummat MyFundAction dan Santuni Asnaf dan Nelayan di Kampung Tanjung Dahan. Program ini turut menggabungkan pihak Persatuan Alumni Politeknik Melaka, YADIM, MyFundAction, SWCorp, AV Bikers, Syarikat Bubbles, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal , Jabatan Kejuruteraan Elektrik PMK , ALAM dan masyarakat setempat. Pelbagai pengisian telah disusun sepanjang satu hari program berjalan.

Pasukan sukarelawan telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama telah ditugaskan untuk mengadakan gotong royong bagi membersihkan Masjid Al Alam, Kampung Tanjung Dahan. Turut dijalankan ialah kerja sanitasi oleh Syarikat Bubbles, perkhidmatan menukar minyak hitam bagi 10 buah motosikal penduduk kampung, menjalankan servis alat penghawa dingin masjid sebanyak 7 unit dan bengkel untuk membaiki handphone yang diseliakan oleh Alumni Politeknik Melaka.

Kumpulan kedua telah diamanahkan untuk membersihkan salah sebuah rumah asnaf yang dalam keadaan uzur. Rumah tersebut didiami oleh Puan Robiah Osman Bersama anak dan cucunya. Beliau sebelum ini berniaga kedai makan kecil didepan rumah, namun Pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada perniagaan beliau. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila kesihatan beliau yang semakin merosot telah membataskan pergerakan beliau.

 

 

Kami telah membersihkan bahagian luar dan dalam rumah beliau. Segala barangan yang lama dan tidak digunakan telah kami sisihkan untuk dibuang dengan bantuan SWCorp , Alumni PMK dan AV Bikers. Kawasan halaman rumah turut dibersihkan seperti meracun, memotong rumput, membuang tunggul kayu dan lain lain lagi.

Program hari itu berakhir dengan majlis penyampaian bantuan Kotak Rezeki Ummat oleh MyFundAction yang disempurnakan oleh ADUN Kuala Linggi Yang Berhormat Datuk Ismail Othman kepada golongan yang memerlukan.