PAGOH, 22 September 2020 – Satu sesi lawatan kerja ke Pusat Data & Pusat Kawalan Operasi CCTV, Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP), Kementerian Pengajian Tinggi telah dianjurkan oleh Unit Teknologi Maklumat PMK. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Pn. Haidar Nur Rifhan binti Basir, Ketua Unit Teknologi Maklumat dan turut disertai oleh Tn. Hj. Salleh bin Mohamed, Penolong Keselamatan PMK, En. Emran bin Talib, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan serta 4 orang staf Unit Teknologi Maklumat dan wakil Ketua Unit Pembangunan Senggaraan. Kedatangan peserta lawatan telah dialukan oleh Tn. Hj. Khairil Anuar bin Karim, Pengarah SPK HPTP dan Dr. Siti Zubaidah binti Hj. Abu Bakar, Timbalan Pengarah SPK HPTP serta beberapa pegawai dan staf agensi tersebut.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat pengurusan pusat data dan sistem kawalan keselamatan CCTV di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh disamping menerima perkongsian berkaitan pengurusan keselamatan serta amalan baik yang dilaksanakan di agensi tersebut.

Para peserta lawatan juga telah dibawa untuk melihat pusat data SPK HPTP yang menyokong sistem rangkaian berpusat bagi 3 universiti awam dan 1 politeknik yang terdapat di bawah Hab Pendidikan Tinggi Pagoh ini. Disamping itu, para peserta juga telah dapat melihat dengan lebih dekat Pusat Kawalan Operasi CCTV SPK HPTP dan mendapat penerangan ringkas pengoperasian bilik tersebut.

 

 

 

Perkongsian maklumat yang disampaikan oleh pihak SPK HPTP telah memberi banyak manfaat kepada pserta lawatan dalam menambah pengetahuan dan memberi gambaran bagi penambahbaikan yang boleh dirancang untuk dilaksanakan di Politeknik Melaka kelak. Terima kasih diucapkan kepada pihak SPK HPTP di atas kesudian menerima kunjungan PMK ini dan semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.