Politeknik Melaka, 22 Sept. 2020 - Telah berlangsung POLYSEA 2019 (Anugerah Kecemerlangan Sukan Politeknik) bertempat di The Everly Putrajaya pada 21 Sept. 2020 (Isnin). Program ini merupakan anugerah dari Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti kepada atlet dan pegawai Politeknik sebagai penghargaan diatas sumbangan dan kecemerlangan mereka dalam pembangunan sukan di pentas kebangsaan dan antarabangsa selain menghargai jasa mereka untuk dijadikan dorongan dan motivasi kepada para athlete dan pegawai.

   

Tahniah diucapkan kepada Encik Mohamad Azwan Bin Ikhwat selaku penyelaras PKAT Hoki PMK yang telah tercalon dalam kategori Pengurus Terbaik POLYSEA 2019. Semoga dengan kejayaan beliau ini akan menjadikan dorongan dan motivasi kepada semua pengurus-pengurus sukan PMK untuk bergerak lebih cemerlang untuk kemajuan sukan PMK.