Politeknik Melaka, 16 September 2020 – Civil Engineering Students Affairs Club (CESAC) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Melaka telah menghadiri jemputan dari Persatuan Penduduk Kampung Solok Biak untuk menjayakan aktiviti Perasmian Kabin Persatuan Penduduk Kampung Solok Biak (PPKSB) dan Ziarah Kasih Keluarga Angkat bersempena Hari Malaysia 2020.

 

Menurut Pengarah Program, Wan Ammer Firdaus Bin Wan Ramzi, program ini telah memupuk sikap kerjasama dan perpaduan antara para mahasiswa dan mahasiswi Politeknik Melaka dengan masyarakat Kampung Solok Biak susulan Program Bakti Siswa Politeknik dengan kerjasama PPKSB serta MBMB yang telah diadakan pada Sesi Dis 2019. Dengan adanya program sebegini, ukhwah yang telah sedia terjalin dapat dieratkan sekaligus dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan para siswa dan siswi serta komuniti setempat. Program sebegini sangat memberi impak positif maka diharapkan kerjasama dengan penduduk kampung pada masa akan datangdapat diteruskan seperti pepatah Melayu  “bagai aur dengan tebing”