YBhg. Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub telah hadir ke PMK pada 28 Julai 2020 bagi lawatan kerja dan kunjung hormat sempena persaraan pengarah PMK En. Charim bin Ibrahim@ Berahim yang bersara wajib pada 1 Ogos 2020.  Selain itu juga, perbincangan hal-hal berkaitan isu kampus baru PMK serta  satu sesi dialog juga telah diadakan di antara YBhg. Ts. Dr bersama pengurusan tertinggi Politeknik Melaka. YBhg. Ts. Dr juga telah dibawa melawat kawasan sekeliling PMK bagi melihat keadaan semasa PMK. Pihak pengurusan PMK mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Ts. Dr kerana sudi hadir ke PMK.