Pantai Puteri, Melaka, 7 Ogos 2020 - Minggu Haluan Siswa Politeknik Melaka kembali lagi bagi Sesi Jun 2020. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menerima 49 orang siswa dan 11 orang siswi dalam ambilan kali ini. Bagi program kali ini, Pengurusan JKM telah bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Persatuan Nelayan Pantai Puteri. Majlis turut dihadiri oleh dua Ahli Majlis MBMB iaitu Clr Tuan Hj. Rosle bin Baba, Clr En Husin bin Jantan dan Timbalan Pengarah Puan Normala binti Abdul Aziz.
Turut diadakan ialah gimik mengibarkan bendera Malaysia sempena Bulan Kemerdekaan. Majlis disempurnakan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan dua ahli majlis MBMB. Gotong royong diadakan bagi membersihkan 4 pengkalan nelayan yang terdapat disitu iaitu Pengkalan Perigi, Pengkalan Puteri, Pengkalan Kundor dan Pengkalan Rombang.

 

Sebagai acara kemuncak siswa siwi baharu bertanding bagi mengutip puntung rokok yang terdapat disekitar pantai. Sejumlah 5,989 puntung rokok berjaya dikutip dalam tempoh kurang sejam. Penyampaian hadiah disampaikan oleh ADUN Pantai Kundur Yang Berhormat Datuk Nor Azman bin Hj.Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Tok Man.