SHAH ALAM, 5 Ogos 2020 – Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka (PMK) telah mengambil langkah proaktif melalui Lawatan Penandaarasan MQA Program Diploma Akauntansi (DAT) dan Diploma Pengajian Perniagaan Antarabangsa (DPI) ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Lawatan ini diketuai oleh Penyelaras MQA Jabatan Perdagangan iaitu Puan Normala Binti Salimin, diiringi oleh Ketua Program Diploma Akauntansi iaitu En. Saifulnizam Bin Zakaria dan Ketua Pogram Diploma Perniagaan Antarabangsa iaitu Pn. Hafizah Binti Osman bersama 8 orang pensyarah Jabatan Perdagangan yang mewakili setiap bidang bagi jawatankuasa penyediaan Dokumen Self Review Report (SRR).

 

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat dan memastikan penyediaan Dokumen MQA-04 memenuhi syarat pengauditan dan mengadakan lawatan di Bilik Gerakan MQA. Penyampaian maklumat yang penuh berwibawa telah diberikan oleh wakil daripada Unit Hal Ehwal Kurikulum iaitu Ts. Dr. Noraini Seman, Ts. Dr. Wan Aida Wan Yahya dan Prof. Madya Ts. Dr. Wan Abdul Rahim Wan Mohd Isa. Ketika sesi lawatan ini juga, kami telah mengadakan sesi perkongsiaan bagi persediaan sebelum dan semasa proses pengauditan.   

Selain daripada itu, kami juga berkesempatan mengujungi Penerbit Press UiTM Shah Alam bagi mendapatkan informasi berkaitan buku-buku rujukan yang terdapat di sana yang boleh dijadikan antara bahan rujukan bagi kursus yang ditawarkan di PMK. Kunjungan kami disambut dengan penuh mesra oleh Prof. Dr. Norzaidi Mohd Daud iaitu Pengarah Penerbit Press UiTM Shah Alam bersama staf Penerbit Press yang lain.

 

 

 

Semoga informasi yang telah diperolehi dari lawatan ini dapat membantu Penyelaras MQA dan Jawatankuasa Penyediaan Dokumen SRR Jabatan Perdagangan dalam penyediaan Dokumen MQA-04 dengan lebih efektif. 

Sumber info : Nurul Safwanah binti Muhammad Saleh